Pelajar semester 2 boleh melihat panduan untuk membuat folio sains terutama pada bahagian isi kandungan dan juga rujukan.
sila klik link dibawah untuk muat turun :
PANDUAN : FOLIO SAINS SEMESTER 2
Blog ini adalah mengenai panitia Sains dan juga pengalaman pengajar di MIT Academy Sdn Bhd, Kota Kemuning, Shah Alam
Thursday, July 25, 2013
Kitar Air
Rajah diatas menunjukkan kitaran air
semulajadi. Air hujan diserap oleh tumbuhan. Wap air dibebaskan ke atmosfera
oleh tumbuhan melalui proses transpirasi.
·
Air di kolam, sungai, dan tasik diminum oleh
haiwan dan dibebaskan semula ke atmosfera melalui proses respirasi dan perpeluhan oleh haiwan tersebut.
·
Wap air terkumpul dan membentuk awan. Apabila kondensasi dan penyejukan berlaku, awan
akan menjadi titisan-titisan air yang dikenali sebagai hujan. Jika
kitaran air terancam, kejadian seperti banjir dan kemarau mungkin berlaku.
sumber rujukan : SPM 4.5 Xpress Science Dwibahasa Terbitan Sasbadi
sumber rujukan : SPM 4.5 Xpress Science Dwibahasa Terbitan Sasbadi
Lawatan ke Bosch Rexroth, Bukit Jelutong, Shah Alam
Pada 2 Julai 2013 yang lalu, MIT Academy telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bosch Rexroth sempena modul semester pendek, Employability Skill. Seramai 72 pelajar semester 3 dan 3 orang guru terlibat dalam lawatan ini. Syarikat pertama yang kami lawati ialah Bosch Rexroth.
Saya bersama-sama beberapa orang pelajar
Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan sebelum diberi taklimat. Lawatan ini adalah sebagai pendekatan kepada para pelajar dengan suasana alam pekerjaan dan bidang yang boleh mereka ceburi pada masa hadapan. Dalam modul Employability Skill ini, mereka diterapkan dengan ilmu berkaitan keselematan di tempat kerja, struktur organisasi, kerja dalam sistem dan juga etika dan budaya. Modul-modul untuk semester kali ini sesuai untuk melatih para pelajar menjadi seorang pekerja yang berdedikasi, mahir dalam sesuatu organisasi dengan etika yang baik.
Pelajar sedang mendengar persembahan mulimedia oleh pihak Bosch mengenai syarikat mereka.
Pelajar juga dibawa melihat kawasan kilang. Keselematan di tempat kerja amat penting kerana mereka mengendalikan pelbagai jenis barang dan alatan yang boleh membahayakan keselamatan diri. Pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pekerja mahupun majikan.
Semua pelajar bertolak kembali ke kolej pada pukul 1 tengahari dan bersiap sedia untuk lawatan seterusnya ke syarikat lain.
*Gambar-gambar diatas terdiri daripada pelajar-pelajar kelas KV Mechatronic 1.
Sukatan Pelajaran Sains Semester 2
TAJUK DALAM SUKATAN
SAINS KV SEMESTER 2
TAJUK
1: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
MINGGU
PELAKSANAAN: 4 Minggu
TAJUK
2: JIRIM DAN BAHAN
MINGGU
PELAKSANAAN: 7 Minggu
TAJUK
3: KETURUNAN
MINGGU
PELAKSANAAN: 5 Minggu
Ø
PEPERIKSAAN: 70%
Ø
KERJA KURSUS: 30%
Ø
Tugasan
1:30%
·
Pelaksanaan:
individu
·
Tarikh
akhir menghantar: seminggu selepas cuti hari raya aidil fitri
Ø
Peka
(laporan eksperimen): 30%
·
Pelaksanaan:
1 hari sahaja (secara individu)
·
Tarikh
pelaksanaan dan menghantar: ditentukan oleh tenaga pengajar
Ø
Kuiz:30%
·
Pelaksanaan:
1 hari sahaja (secara individu)
·
Tarikh
pelaksanaan dan menghantar: ditentukan oleh tenaga pengajar
Tingkahlaku : 10%
Biodata Penulis
Nama Pendek : Aisyah
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik, UiTM Shah Alam, Batch Julai 2009
Cita - cita : Pendidik
Harapan : Membina kerjaya yang cemerlang bermula dari bawah.
Kata-kata penulis
Assalamualaikum wbt. Selaras dengan pembangunan teknologi masa kini, saya yakin komunikasi tanpa wayar amat berkesan dalam penyampaian sebuah maklumat. Jadi, saya dengan rasa bangganya merasmikan blog ini untuk memudahkan para pelajar terutama pelajar Kolej Vokasional MIT Academy, Shah Alam untuk mendapatkan maklumat terkini tentang mata pelajaran teras, Sains melalui internet. InsyaAllah dengan usaha ini, membuatkan para pelajar lebih meminati dan ingin mengetahui secara mendalam tentang ilmu sains secara menyeluruh. Selain itu, blog ini juga memudahkan pelajar MIT Academy menerima maklumat yang cepat dan pantas berkaitan subjek ini. Moga dengan usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT demi mendidik anak bangsa dan mewujudkan pelajar yang pintar dan berdaya saing dalam segala bidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)