Thursday, July 25, 2013

Panduan Membuat Folio Sains : Semester 2

Pelajar semester 2 boleh melihat panduan untuk membuat folio sains terutama pada bahagian isi kandungan dan juga rujukan.

sila klik link dibawah untuk muat turun :


PANDUAN : FOLIO SAINS SEMESTER 2

Kitar Air







      Rajah diatas menunjukkan kitaran air semulajadi. Air hujan diserap oleh tumbuhan. Wap air dibebaskan ke atmosfera oleh tumbuhan melalui proses transpirasi.
·         
          Air di kolam, sungai, dan tasik diminum oleh haiwan dan dibebaskan semula ke atmosfera melalui proses respirasi dan perpeluhan oleh haiwan tersebut.
·         
          Wap air terkumpul dan membentuk awan. Apabila kondensasi dan penyejukan berlaku, awan akan menjadi titisan-titisan air yang dikenali sebagai hujan. Jika kitaran air terancam, kejadian seperti banjir dan kemarau mungkin berlaku.





sumber rujukan : SPM 4.5 Xpress Science Dwibahasa Terbitan Sasbadi

Lawatan ke Bosch Rexroth, Bukit Jelutong, Shah Alam


Pada 2 Julai 2013 yang lalu, MIT Academy telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bosch Rexroth sempena modul semester pendek, Employability Skill. Seramai 72 pelajar semester 3 dan 3 orang guru terlibat dalam lawatan ini. Syarikat pertama yang kami lawati ialah Bosch Rexroth. 



 Saya bersama-sama beberapa orang pelajar



Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan sebelum diberi taklimat. Lawatan ini adalah sebagai pendekatan kepada para pelajar dengan suasana alam pekerjaan dan bidang yang boleh mereka ceburi pada masa hadapan. Dalam modul Employability Skill ini, mereka diterapkan dengan ilmu berkaitan keselematan di tempat kerja, struktur organisasi, kerja dalam sistem dan juga etika dan budaya. Modul-modul untuk semester kali ini sesuai untuk melatih para pelajar menjadi seorang pekerja yang berdedikasi, mahir dalam sesuatu organisasi dengan etika yang baik. 



Pelajar sedang mendengar persembahan mulimedia oleh pihak Bosch mengenai syarikat mereka. 



Pelajar juga dibawa melihat kawasan kilang. Keselematan di tempat kerja amat penting kerana mereka mengendalikan pelbagai jenis barang dan alatan yang boleh membahayakan keselamatan diri. Pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pekerja mahupun majikan.




Semua pelajar bertolak kembali ke kolej pada pukul 1 tengahari dan bersiap sedia untuk lawatan seterusnya ke syarikat lain.


*Gambar-gambar diatas terdiri daripada pelajar-pelajar kelas KV Mechatronic 1.

Sukatan Pelajaran Sains Semester 2

TAJUK DALAM SUKATAN
SAINS KV SEMESTER 2



TAJUK 1: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
MINGGU PELAKSANAAN: 4 Minggu

TAJUK 2: JIRIM DAN BAHAN
MINGGU PELAKSANAAN: 7 Minggu

TAJUK 3: KETURUNAN
MINGGU PELAKSANAAN: 5 Minggu



Ø  PEPERIKSAAN:        70%
Ø  KERJA KURSUS:     30%


Ø  Tugasan 1:30%
·         Pelaksanaan: individu
·         Tarikh akhir menghantar: seminggu selepas cuti hari raya aidil fitri


Ø  Peka (laporan eksperimen):   30%
·         Pelaksanaan: 1 hari sahaja (secara individu)
·         Tarikh pelaksanaan dan menghantar: ditentukan oleh tenaga pengajar


Ø  Kuiz:30%
·         Pelaksanaan: 1 hari sahaja (secara individu)
·         Tarikh pelaksanaan dan menghantar: ditentukan oleh tenaga pengajar


Tingkahlaku : 10%

Biodata Penulis




Nama Pendek : Aisyah
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik, UiTM Shah Alam, Batch Julai 2009
Cita - cita : Pendidik
Harapan : Membina kerjaya yang cemerlang bermula dari bawah.






Kata-kata penulis

Assalamualaikum wbt. Selaras dengan pembangunan teknologi masa kini, saya yakin komunikasi tanpa wayar amat berkesan dalam penyampaian sebuah maklumat. Jadi, saya dengan rasa bangganya merasmikan blog ini untuk memudahkan para pelajar terutama pelajar Kolej Vokasional MIT Academy, Shah Alam untuk mendapatkan maklumat terkini tentang mata pelajaran teras, Sains melalui internet. InsyaAllah dengan usaha ini, membuatkan para pelajar lebih meminati dan ingin mengetahui secara mendalam tentang ilmu sains secara menyeluruh. Selain itu, blog ini juga memudahkan pelajar MIT Academy menerima maklumat yang cepat dan pantas berkaitan subjek ini. Moga dengan usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT demi mendidik anak bangsa dan mewujudkan pelajar yang pintar dan berdaya saing dalam segala bidang.