Wednesday, February 25, 2015

Aktiviti Kelab Sains - Membuat Poster

Aktiviti Kelab Sains minggu ini. Membuat poster iklan utk pertandingan-pertandingan yang akan diadakan pada Minggu Sains dan Matematik yang akan datang.

Terima kasih kepada yang memberi kerjasama.

Bye! :)

Wednesday, February 18, 2015

Kesan Alkohol Terhadap Kesihatan

Say no to alcohol. Terutama arak. Pelbagai kesan buruk yang boleh dihadapi oleh penagih alkohol.

sumber gambar : google

Friday, February 13, 2015

Lawatan Ke Majlis Pelancaran OPS Tahun Baru Cina Anjuran JPJ Selangor

Pada 13 Februari 2015 yang lalu, kolej telah dijemput oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor untuk menghadiri sebuah majlis pelancaran iaitu Majlis Pelancaran OPS Tahun Baru Cina 2015 yang diadakan di Plaza Tol Batu 3, Shah Alam.

Oleh itu, kolej menghantar pelajar seramai 31 orang yang terdiri daripada pelajar baru, pelajar tahun 1 kursus Mekatronik dan 2 orang guru pengiring iaitu saya, Cik Aisyah dan Cik Syafira.

Majlis ini bermula pada jam 9.30-11.30 pagi. Setibanya kami disana, pelajar dikehendaki menukar pakaian dan memakai tshirt Skuad Muda 1 Malaysia JPJ. Warna putih. Belum lagi jadi ahli. InsyaAllah akan daftarkan mereka di bawah skuad muda jpj. :)

Program ini dirasmikan oleh tuan pengarah  JPJ sendiri. Wakil pegawai dari seluruh JPJ Selangor, Majlis Belia Selangor, Jabatan Alam Sekitar dan ahli-ahli lain turut hadir dalam  majlis ini. Dan juga SAM Bestari membawa skuad muda mereka.

Pengarah JPJ berucap mengenai keselamatan jalan raya, statistik jumlah kematian di jalanraya setiap tahun, dan kepentingan mematuhi peraturan jalanraya. Statistik menyatakan bahawa purata kematian setiap hari di Malaysia adalah 19 orang. Jika semua rakyat Malayisa mematuhi undang-undang jalanraya, pasti kemalangan dapat dikurangkan. Pihak JPJ juga akan membuat operasi sepanjang musim Tahun Baru Cina ini di seluruh Selangor dgn berbekalkan hampir 276 anggota JPJ untuk bertugas.

Selepas majlis dilancarkan, Pengarah JPJ menyempurnakan majlis dengan sesi penyerahan goodies kepada pemandu dan penunggang motosikal di Plaza Tol Batu 3. Sebelum majlis tamat, jemputan dijemput makan.

Pada jam 11.30 pagi, kami bertolak pulang ke kolej.